Sukan Hari Ini

Willian Tinggalkan Chelsea

BINTANG Chelsea, Willian mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan skuad The Blues menerusi satu surat terbuka kepada penyokong, baru-baru ini.

Menerusi surat berkenaan, pemain Brazil itu mengumumkan dia akan meninggalkan Stamford Bridge setelah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

Bagaimanapun menurutnya, setakat ini masih belum ada sebarang kepastian pasukan manakah yang akan disertainya bagi mengharungi musim baharu kelak.

“Pada Ogos 2013, saya menerima tawaran daripada Chelesa dan saya yakin di sinilah (Stamford Bridge) sebagai tempat saya akan beraksi.

“Hari ini saya mengakui, saya telah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Chelsea dan sekarang ia telah menjadi tempoh tujuh tahun yang hebat!

“Kami memenangi banyak piala dan ia menjadikan saya sentiasa bersemangat kerana saya sentiasa belajar perkara-perkara baharu setiap hari ketika berada di padang latihan, ketika perlawanan sebenar malah sehingga ke bilik persalinan,” katanya.

Untuk rekod, Willian menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala pada 2013 dan sejak itu dia telah membuat 339 penampilan bersama skaud The Blues itu khususnya bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain itu, dia juga telah membantu Chelsea menjulang dua trofi EPL, Piala FA Inggeris dan Piala Liga Inggeris.

Sementara itu, Willian berkata, dia akan merindui kenangan-kenangan manis selama berada di Stamford Bridge terutamanya terhadap penerimaan penyokong ketika dia mula-mula beraksi bersama Chelsea.

Bagaimanapun katanya, kini sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan pasukan berkenaan dan memulakan aksi bersama pasukan baharu.

“Masanya sudah tiba untuk saya pergi. Tetapi percayalah, saya sangat menghargai segala yang telah saya terima selama berada di Stamford Bridge,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");