Perak Hari Ini

10 Peratus Pengguna Pedalaman Perak Belum Nikmati Kemudahan Jalur Lebar

BUKIT GANTANG – Hanya kira-kira 10 peratus pengguna di kawasan pedalaman Perak belum menikmati perkhidmatan jalur lebar namun usaha sedang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk mengatasi isu itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed berkata kerajaan negeri juga sedang mengusahakan naik taraf perkhidmatan sedia ada di kawasan pedalaman kepada sekurang-kurangnya 4G.

“Kerajaan negeri menyasarkan pembinaan 29 lagi menara telekomunikasi di Perak, dan daripada jumlah itu, 22 sedang dalam pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Dataran Muzium Matang, di sini hari ini.

Terdahulu, Khairul Shahril bersama-sama 150 orang menyertai Kayuhan Merdeka Larut, Matang dan Selama 2020 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Warisan, Taiping di sini – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");