Sukan Hari Ini

2 Pemain PSG Disyaki Positif COVID-19

PARIS: Dua pemain Paris Saint-Germain yang tidak dinamakan menunjukkan tanda COVID-19, kata naib juara Liga Juara-Juara itu hari ini.

“Dua pemain PSG disyaki terkena jangkitan COVID-19. Tahap kesihatan mereka agak bagus. Mereka kini mengikuti protokol kesihatan sepatutnya,” kata PSG dalam satu kenyataan.

Sumber kelab memberitahu AFP bahawa juara Perancis itu kini menanti keputusan ujian terhadap dua pemain itu.

Akhbar sukan L’Equipe melaporkan pemain itu mungkin pasangan Argentina, Angel Di Maria dan Leandro Paredes, yang menghabiskan cuti mereka bersama di Ibiza.

PSG dijangka akan mempertahankan gelaran Ligue 1 mereka di Lens pada 10 September.

Peraturan liga menetapkan sesi latihan pasukan mesti dibatalkan jika kelab mendapati empat kes positif dan perlawanan mungkin ditangguhkan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pasukan utama liga utama Perancis melaporkan kes positif termasuk Lyon, Marseille, Rennes, Nantes dan Montpellier. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");