Berita Hari Ini
Like

246 Individu Langgar SOP PKPP Di Pusat Hiburan

September 26, 2020
251 Views
0 Comments
1 minute read
246 Individu Langgar SOP PKPP Di Pusat Hiburan

JOHOR BAHRU – Seramai 246 individu dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu berusia antara 15 hingga 63 tahun dikenakan kompaun ketika sedang berhibur di dua pusat hiburan

“Kita jalankan operasi di dua premis hiburan sekitar Johor Bahru dan kita dapati premis berkenaan mempunyai lesen untuk beroperasi namun gagal mematuhi SOP Covid-19 semasa PKPP.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang remaja berusia 17 tahun positif dadah jenis methamphetamine serta seorang lelaki warga Singapura gagal mengemukan pasport,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Ayob Khan berkata, 11 daripada mereka yang juga merupakan warga asing dari pelbagai negara termasuk Taiwan, China, Thailand serta Yamen didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Menurutnya, kesemuan 246 individu yang gagal mematuhi SOP PKPP dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang.

Jelasnya, suspek yang positif dadah ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala 12 warga asing termasuk lelaki warga emas Singapura ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Komen & Pendapat

Comments are closed.