Berita Hari Ini

4 sekeluarga rentung kedai runcit terbakar

Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran kedai runcit di Kampung Melayu di Debak, Betong, kira-kira 250km dari sini awal pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, 4 mangsa terbabit adalah perempuan, dikenali sebagai Sirin Yusuf, 60, Rosni Sari, 23, Dayang Ina Eset, 10 dan Dayang Ina Arrohan, 6.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.47 pagi tadi melalui sistem MERS 999 dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

Katanya, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit berstruktur tidak kekal terbakar 100%.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian bertindak memadam sisa-sisa api dan menemui keempat-empat mayat mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");