Panasnya Hari Ini

42 Ketua Cawangan Umno Desak Musa Dilantik Calon PRN Sabah

KOTA KINABALU: Barisan Nasional bergolak apabila 42 ketua cawangan Umno di Parlimen Libaran mendesak bekas ketua menteri, Musa Aman, dilantik sebagai calon gabungan itu di kerusi DUN Sungai Manila.

Kumpulan tersebut menolak calon dalam senarai Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin, untuk Sungai Manila, mengatakan Mokran Ingkat tidak pernah berkhidmat di kawasan itu sebelum ini.

Safar Sastri, dari Umno Taman Sri Gaya, pada sidang media hari ini berkata mereka mahu Musa menjadi calon mereka.

“Kalau Umno mahu menang, namakan dia calon. Kalau kita inginkan kemenangan, tiada orang selain Musa,” katanya, yang mendakwa mewakili 42 daripada 45 ketua cawangan di Libaran.

Safar mengingatkan mereka menyokong BN kerana menghargai ikatan dalam gabungan itu memetik FMT.

“Tetapi kalau Musa tidak dinamakan sebagai calon, kami akan tetap mengundi beliau tak kira dia bertanding atas parti apa atau calon Bebas,” tambahnya.

Safar Sastro (tengah) bersama pemimpin akar umbi Umno lain menunjukkan surat sokongan 42 ketua cawangan di Libaran kepada Musa Aman.

Musa tiada dalam senarai 31 calon yang diumumkan Bung semalam. Bung berkata parti menghormati Musa tetapi bekas ketua Umno Sabah itu tidak pernah memohon untuk menjadi calon BN dan juga tidak ditawarkan untuk menjadi calon gabungan itu.

Perkembangan itu mendorong penganalisis meramalkan BN bakal berdepan masalah pada Pilihan Raya Sabah memandangkan Musa seorang pemimpin berpengaruh dengan sokongan akar umbi yang kuat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");