Perak Hari Ini

6 Pekerja Dikejarkan Ke Hospital, JKKP Siasat Punca Keborocan Gas Amonia

HUTAN MELINTANG: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak menyiasat punca berlakunya kebocoran gas ammonia di sebuah kilang makanan selepas enam orang pekerjanya dikejarkan ke hospital.

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati gas ammonia terbebas di bahagian proses penyejukbekuan apabila ‘top cover piston compressor’ mengalami keretakan dan pecah.

Pegawai dari Bahagian Higien Industri & Ergonomik dari JKKP Ibu Pejabat telah menjalan pengujian gas dan mendapati bacaan gas ammonia melebihi had PEL 25ppm pada bahagian sekitar top cover piston compressor yang telah ditampal oleh pihak kilang.

Bagaimanapun punca bahagian top cover piston compressor tersebut retak dan pecah masih belum dikenalpasti.

JKKP Perak telah mengeluarkan satu notis larangan serta-merta bagi menghentikan operasi di bahagian proses penyejukbekuan sehingga siasatan lengkap dijalankan dan tindakan penambahbaikan dibuat oleh majikan.

Menurut satu kenyataan, JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam di mana majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

“Majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisi risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya.

Kejadian kebocoran gas dilaporkan berlaku pada 26 September lalu pada jam 5.15 di mana terdapat enam orang mangsa iaitu tiga orang warga asing dan tiga lagi warga tempatan yang terhidu gas berkenaan dan telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");