Berita Hari Ini

Adun Dakwa Polis Arah Tanggalkan Logo Negeri Di Kenderaannya

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin mendakwa polis mengarahkannya menanggalkan papan berlogo jata negeri yang dipasang di kenderaannya ketika melalui satu sekatan jalan raya di Krubong, di sini baru-baru ini.

ADUN dari DAP terbabit mendakwa, ketika kenderaannya berhenti di sekatan jalan raya berkenaan, seorang anggota polis bertanya mengenai pemasangan papan berlogo yang tertera ADUN Melaka itu.

“Walaupun saya sudah memaklumkan bahawa saya adalah seorang ADUN, tetapi anggota polis terbabit meminta saya menanggalkan papan logo berkenaan kerana kononnya saya memasang tanpa surat kebenaran.

“Selama ini Unit Dewan di Jabatan Ketua Menteri Melaka tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran mengenainya. Adakah ADUN yang dipilih oleh rakyat Pilihan Raya Umum lalu bukan lagi bergelar ADUN selepas kerajaan baharu ambil alih,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya memetik BH Online.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika dihubungi berkata, kejadian itu di luar pengetahuannya, namun akan mendapatkan maklumat segera daripada beberapa pihak yang terbabit.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, beliau mengesyorkan Shoo Chin membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.

“Kalau beliau (Shoo Chin) tidak puas hati, saya cadang buat laporan polis supaya kami dapat siasat,” katanya ketika dihubungi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");