Berita Hari Ini

Agong Dirawat Di IJN, Keadaan Tidak Membimbangkan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dimasukkan di Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.

“Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda juga diijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu pada Isnin dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah memetik Astro Awani.

“Tunku Hajah Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga Rabu.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");