Berita Hari Ini

Agong Keracunan Makanan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini dalam keadaan stabil setelah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini.

Menurut kenyataan itu, rawatan keracunan makanan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September lalu.

“Rawatan intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 September lalu yang telah menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September lalu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara sebentar tadi.

Ekoran daripada rawatan intervensi ini, Baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");