Perak Hari Ini

Aman Palestin Lancar Kod QR, Mudahkan Orang Ramai Salur Sumbangan

IPOH: Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, Aman Palestin Perak melancarkan satu lagi kaedah menyalurkan sumbangan menerusi sistem maklumat pantas atau kod QR.

Pengerusi Aman Palestin Perak, Shahruzzaman Bistamam berkata dengan adanya insiatif tersebut, sasaran sumbangan sebanyak RM3 juta di negeri ini mampu direalisasikan menjelang hujung tahun ini.

Katanya setakat ini Aman Palestin Perak berjaya memperoleh sumbangan melebihi RM2 juta melalui pelbagai cara sumbangan di negeri ini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601282830793″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Aman Palestin tidak putus asa dan ketinggalan untuk memambahbaik dan mempelbagaikan teknik sumbangan kepada saudara kita di Palestin yang sedang ditindas Zionis Israel.

“Kali ini kita menggunakan kod QR yang mana para penyumbang tidak perlu mengelurkan wang sumbangan secara fizikal terutama dalam musim melanda wabak COVID-19

“Sebaliknya hanya penyumbang perlu mengimbas kod QR dengan menggunakan telefon pintar,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601282810846″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Ujarnya lagi Aman Palestin tidak mempunyai had maksimum atau minimum sumbangan menerusi kod QR.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran QR Code Tabung Palestin oleh Aman Palestin di Dataran Silveritage Medan Gopeng, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim serta Pengurus Pengurusan Aset dan Fasiliti MajuPerak Holdings Berhad, Adiee Radzwan Rosidi.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601282882989″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601282743303″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Difahamkan setakat ini Aman Palestin mempunyai pelbagai saluran untuk menyumbang antaranya melalui sumbangan tabung derma, sumbangan atas talian, pemindahan wang antara bank serta aplikasi Jom Menyumbang.

Mengulas lanjut, Shahruzzaman berkata pelekan sumbangan kod QR itu akan diperluaskan ke seluruh Perak dengan menyasarkan kawasan tumpuan awam seperti restoran dan gerai makan serta pusat membeli belah.

Sementara itu, Zamri menyambut baik usaha tersebut selain berkata usaha yang dijalankan Aman Palestin selaras dengan prinsip kerajaan yang tidak bertolak-ansur dalam isu penindasan Zionis Israel terhadap penduduk di Palestin.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601282791372″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Katanya dengan usaha tersebut sedikit-sebanyak ianya mampu menyediakan dana bagi membina 200 buah sekolah yang diperlukan anak-anak di negara yang ditindas itu.

“Kita berharap usaha ini dapat disambut baik semua pihak dan saya menyarankan sama ada yang Muslim atau bukan Muslim untuk turut sama-sama menyumbang ke arah membantu membela hak asasi rakyat Palestin,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");