Berita Hari Ini

Amaran ribut petir di beberapa kawasan hingga 9 malam

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata antara negeri terlibat ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kedah cuaca buruk dijangka melanda Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.

Sementara itu, di Kelantan pula melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Selangor kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Johor kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

Di Sabah cuaca buruk dijangka melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");