Berita Hari Ini

Anak muda bandar berbeza pendapat mengenai parti politik Syed Saddiq

BELIA bandar mempunyai dua pendapat sama ada parti anak muda Syed Saddiq Abdul Rahman yang dirancang, Muda Malaysia, mampu membawa pembaharuan yang bermakna kepada politik negara dan memperjuangkan isu belia.

Sebilangannya berkata kepada The Malaysian Insight yang parti berasaskan belia adalah langkah baik kerana akan membuka jalan bagi anggota Parlimen lebih muda untuk memasuki Parlimen.

Namun, mereka memberi amaran parti itu mestilah mampu melihat isu melalui lensa baharu dan bukannya jatuh ke dalam perangkap lama yang diamalkan oleh parti tradisional.

Sementara itu, ada pula ragu-ragu mengenai impak yang boleh dibawa oleh parti itu, dan sama ada ia dapat mengharung lanskap politik sekarang.

Bagi Darren Philip, 23, parti belia menjadi langkah yang baik dalam memperkasakan anak muda untuk menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Katanya, parti itu akan menjadikan politik sebagai tarikan kepada golongan muda kerana umur median bagi ahli politik di negara sekarang adalah 55 tahun.

“Adalah bagus untuk memiliki muka muda yang baharu di Parlimen tidak lama lagi dan ia mungkin akan mendorong mereka daripada kumpulan umur yang sama lebih berminat untuk mengundi.”

Philip berkata, sebuah parti belia kebiasaannya mempunyai pendekatan berbeza terhadap perkara dan isu seperti subsidi pendidikan, pemberian insentif graduan baharu untuk bekerja dengan kerajaan dan memahami budaya belia semasa secara umum.

“Satu-satunya permintaan saya adalah agar belia negara ini tidak diabaikan kerana faktor usia tetapi dianggap serius kerana semangat dan kesungguhan mereka untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk semua kaum,” kata pelajar komunikasi sarjana itu.

Hadi Azmi berkata melihat wajah baharu dan muda dalam politik merupakan sesuatu yang memberangsangkan. – Gambar ihsan Hadi Azmi, 12 September, 2020.
Hadi Azmi berkata melihat wajah baharu dan muda dalam politik merupakan sesuatu yang memberangsangkan. – Gambar ihsan Hadi Azmi, 12 September, 2020.

Hadi Azmi, 32, berkata walapun beliau agak ragu-ragu dengan agenda parti itu dan berharap hal itu dapat dijelaskan di masa depan, ia sesuatu yang memberangsangkan melihat anak muda berbanding suara lama dalam arena politik.

“Secara keseluruhannya, memiliki platform jujur untuk meletakkan suara generasi muda setara dengan muka lama yang sama dalam politik adalah sesuatu yang memberangsangkan dan akan mendorong mereka untuk lebih banyak bersuara dan lebih didengari,” katanya.

Hadi berkata, beliau berharap anggota parti akan melihat tenaga muda sebagai aset dan mengikut rentaknya sendiri daripada menjadi parti pemuda yang mengikut rentak lama dan sama.

Katanya, dengan menaikkan belia dalam parti ini, Syed Saddiq akan mempunyai cara untuk mengangkat para belia di seluruh negara.

“Mudah-mudahan, mereka dapat membawa naratif baru untuk kisah Malaysia yang baharu, segar, dan lari daripada kisah lama yang sudah diolah semula selama ini,” katanya.
Perpecahan Bersatu yang bermula awal tahun ini menghasilkan dua gerakan politik baharu.

Dr Mahathir mengasaskan Parti Pejuang Tanah Air, sementara Syed Saddiq mengumumkan rancangan bagi sebuah parti politik baharu yang dipimpin oleh belia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");