Panasnya Hari Ini

‘Anak Muda’ Protes Yang Di-Pertua Lewat Lantik Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Kira-kira 20 individu menggelarkan diri mereka sebagai “Anak Muda” berkumpul di Lintasan Desoka bagi memprotes kelewatan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin memanggil calon ketua menteri mengangkat sumpah.

“Kami menyeru TYT (Tuan Yang Terutama) menjalankan tanggungjawabnya (melantik ketua menteri).

“Kami menghormati perlembagaan negeri jadi kami harap proses ini (pelantikan ketua menteri) diselesaikan segera,” kata jurucakap kumpulan itu, Ashari Japari ketika ditemui.

Memetik FMT beliau berkata, rakyat Sabah risau kerana masih belum mempunyai kerajaan walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah 2 hari berlalu.

“Kami juga berharap pihak istana tidak terbabit dalam politik ini,” katanya.

Terdahulu, kumpulan terbabit mula berkumpul pada 2 petang sebelum beredar selepas diarahkan polis, kira-kira 20 minit kemudian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");