Membawang Hari Ini

Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

PETALING JAYA – Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Rose Azlin Rosli didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki produk kesihatan tidak berdaftar Kementerian Kesihatan (KKM) Januari lalu.

Majistret M.Barath menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Rose Azlin ,46, selepas wanita yang juga kakak kepada Instafamous Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan Rose Azlin selaku orang kena saman (OKS) dipenjara empat bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Rose Azlin didakwa memiliki produk KM Sampah Cleanse sebanyak 99 peket yang mana produk itu tidak berdaftar dibawah KKM yang melanggar Peraturan (7)(1)(a) Peraturan-peraturan Dadah dan Komestik 1984.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Premis Chamomile Beauty House di Subang Jaya di sini pukul 11.20 pagi pada 21 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan  denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Mohd. Helmi Azman dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

“Sebagai seorang yang dikenali, OKS seharusnya memastikan produk kesihatan yang ingin dijual atau diguna didaftar dengan KKM dan selamat digunakan oleh orang ramai, “katanya.

Bagaimanapun Rose Azlin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan semasa kejadian produk-produknya masih dalam proses mendapatkan pengesahan KKM.

Pada 21 September lalu, usahawan kosmetik Safiey Ilias didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu menjual dan memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM pada tahun lalu. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");