Berita Hari Ini
Like

Annuar kena kuarantin lepas Razlan sah positif Covid-19

September 25, 2020
404 Views
0 Comments
1 minute read
Annuar kena kuarantin lepas Razlan sah positif Covid-19

 Setiausaha BN Annuar Musa merangkap koordinator pilihan raya negeri memaklumkan dirinya perlu dikuarantin.

Ini susulan Ahli Majlis Tertinggi Razlan Rafii didapati positif Covid-19.

“Saya telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan Covid 19, dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, hari ini.

“Ini berikutan kontak dekat saya dengan Datuk Razlan, ahli MKT yang kini disahkan positif.

“Dengan perintah ini, saya dikehendaki menjalani kurantin di kediaman di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

Pada 21 September lalu, Razlan dilaporkan sedang berkempen di Sipitang sewaktu disahkan positif dan ketika itu berkata beliau sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya.

Dalam pada itu, Annuar menjelaskan dua hari lalu beliau telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan “disahkan negatif.”

Jelasnya lagi, beliau juga telah menjalani satu lagi ujian oleh Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu dan keputusan dijangka “diperolehi sehari dua lagi.”

Annuar berkata beliau terpaksa membatalkan semua program kempen termasuk sesi ceramah perdana yang dijadualkan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan turut dilaporkan positif Covid-19.

Sementara itu, Annuar berkata beliau akan terus bekerja dan memantau perjalanan kempen PRN Sabah dari kediamannya.

“Saya menyeru agar semua jenteran BN dan GRS terus berjuang habis-habisan 48jam terakhir ini dan terus mengajak rakyat Sabah supaya ubah balik, tolak Warisan agar rakyat dan bumi Sabah terbela sepenuhnya,” pesan beliau.

Comments are closed.