Berita Hari Ini

Barang keperluan harian mencukupi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguat kuasa KPDNHEP juga membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 678 premis perniagaan termasuk 503 peruncit, 144 pemborong dan 31 pengilang.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,326 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, sebanyak 1,313 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 13 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

“Sepanjang tempoh PKPP, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutama membabitkan aktiviti jual beli barangan keperluan orang ramai,” katanya hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");