Berita Hari Ini

Bayi Ditemui Di Tepi Jalan

Mersing: Bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemui di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut dekat sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung penemuan bayi itu pada 2 petang.

“Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui diletakkan di atas kain dalam beg oleh penduduk kampung yang melalui kawasan itu.

“Bayi perempuan terbabit kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tenglu sebelum dimaklumkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat.

“Hasil siasatan mendapati bayi perempuan dijangka berusia lingkungan 24 jam tetapi tidak diketahui bangsa dan ditemui tidak berpakaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bayi berkenaan kemudiannya dirujuk ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");