Perak Hari Ini

Belum Dipanggil SPRM Lagi, Kata Ahmad Faizal Berkenaan Isu Surat Layang

IPOH- “Saya tidak boleh ambil apa-apa tindakan, cuma saya berpandangan kalau setiap hari kita nak layan surat layang ini, tak banyak kerja kita boleh buat”, ujar Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung surat layang yang bertajuk ‘surat karam’.

Menurut Ahmad Faizal, setakat ini beliau belum lagi dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penjualan tanah dan pasir yang mengaitkan tentang dirinya.

“Setakat ini saya tidak dipanggil lagi tetapi saya telahpun mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan apa juga siasatan dan akan beri kerjasama terhadap apa juga siasatan yang dibuat.

“Saya dah baca surat tersebut, terserah kepada SPRM, pihak Polis siapa juga yang sedang menyiasat untuk menyiasat perkara ini. Saya juga ada jawapan saya tetapi saya fikir tak sesuai untuk saya sebutkan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmiran Konvensyen dan Persidangan Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak Kali ke-33 di Hotel Impiana, di sini, hari ini.

Bagaimanapun begitu, beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kerana mengambil langkah proaktif tentang perkara tersebut.

Katanya, beliau berharap semua rakyat akan ambil tindakan yang sama untuk memastikan kerajaan dan para pemimpin sentiasa bersih daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya kira semua orang termasuk media, rakyat perlu sentiasa proaktif dalam perkara ini. Kalau kita nampak susuatu perkara berlaku kita kena cuba hentikan sebelum ianya bertambah melarat ataupun ambil tidakan untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman membuat laporan terhadap SPRM selepas mendakwa adanya skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Putra membuat laporan itu susulan tular surat bertajuk ‘surat karam’ yang memaparkan beberapa projek penerokaan hutan dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan Ahmad Faizal yang membabitkan lebih 1,200 hektar tanah di seluruh negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");