Berita Hari Ini

Berhati-Hatilah, Banyak Parti Mengaku Pejuang Hak Sabah, Kata Bekas Ketua Hakim

KOTA BELUD: Bekas ketua hakim negara, Richard Malanjum menyeru pengundi Sabah memilih parti yang benar-benar ikhlas perjuangkan hak negeri.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, pastinya banyak parti akan mendakwa merekalah yang sebenarnya memperjuangkan hak Sabah, tetapi adakah mereka benar-benar ikhlas?

“Kita mahu sebuah parti tempatan yang ikhlas dalam memperjuangkan hak Sabah dan bukanya parti yang sekadar cuba menggunakan ‘pintu belakang’ untuk sekali lagi membenarkan Umno menguasai kita, hati-hati dengan itu,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Upko Kadamaian di Kota Belud hari ini.

Richard berkata, memberikan undi kepada Warisan Plus pada pilihan raya negeri ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan Sabah terus terjaga memetik laporan FMT.

“Ini termasuk mengembalikan hak minyak Sabah serta mengembalikan tanah adat kepada yang layak selepas ianya tidak diberi perhatian sejak beberapa dekad lalu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");