Berita Hari Ini
Like

‘Body shaming’ ialah jenayah, kata KPN

September 20, 2020
248 Views
0 Comments
1 minute read
‘Body shaming’ ialah jenayah, kata KPN

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, “body shaming” atau tindakan menghina, mengutuk dan mencaci bentuk badan seseorang ialah kesalahan jenayah yang boleh dikenakan denda atau penjara.

Beliau dipetik Sinar Harian sebagai berkata, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, sabit kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia boleh didenda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

“Manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga 5 tahun.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100.”

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Fadhlullah Suhaimi pula memberitahu akhbar berbahasa Melayu itu, SKMM akan membantu siasatan polis dari segi teknikal, jika menerima laporan mengenainya.

Beliau menasihatkan mangsa “body shaming” membuat laporan polis sebelum merujuk perkara itu kepada SKMM.

Katanya, selepas perkara itu disahkan polis, SKMM akan memaklumkan Google dan YouTube berdasarkan laporan polis itu sebelum menyekat mana-mana akaun.

Sebelum ini, seorang wanita membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang influencer yang menghina bentuk badannya di Facebook.

Comments are closed.