Perak Hari Ini

Bomba Masih Belum Temui Sebarang Petunjuk Kehilangan Acap

GOPENG- Bomba masih tidak menemui sebarang petunjuk berkaitan dengan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan yang dilaporkan hilang pada Mac tahun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, sepanjang latihan simulasi melibatkan operasi SAR Acap semalam, tiada sebarang pentunjuk yang dapat membantu pencarian.

“Dari segi latihan kita berjaya menamatkan kita punya operasi sejauh 25 kilometer melalui trail yang dilalui oleh Acap sendiri, namun dukacita kita tidak mendapat sebarang petunjuk yang boleh membantu kita untuk membuat pencarian selanjutnya bagi mencari acap.

“Namun demikian kita bersedia untuk sebarang maklumat daripada orang awam atau masyarakat setempat sekiranya terdapat sebarang petunjuk yang boleh membantu kita untuk meneruskan pencarian Acap,” katanya.

Sepanjang lima hari, Pasukan Special Tactical Operation And Rescue Team Of Malaysia (STORM) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Utara telah mengadakan latihan bagi memantapkan lagi pengoperasian di kawasan tumpuan rekreasi.

Tambah beliau, pihak bomba memang tidak menemukan sebarang petunjuk kerana kehilangan Acap begitu misteri.

“Setakat ini tak ada klue yang boleh bantu kita sebab klau ikut jejak acap memang depan ada orang belakang ada orang dan kawasan yang dilalui bukan kawasan hutan.

“Ada gambar dia di chekpoint 6, ada gambar dia di kawasan bukit Batu Putih dan ada juga nampak dia di Bukit Kandu.

“Kebarangkalian nak hilang itu misteri lah,” katanya.

Pada 23 Mac tahun lalu, Acap disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");