Perak Hari Ini

Buang Rasa Malu, Youtubers Bangga Berniaga Buah Potong Di Kawasan Trafik Light

IPOH- Penerimaan masyarakat sekitar terhadap indvidu yang menjalankan pernigaan di kawasan lampu isyarat telah memberi sokongan untuk mereka terus mencari rezeki melalui kaedah tersebut.

Menurut seorang peniaga Pelam Jambu Asam Boi, Mohd Johanizal Ismail, masyarakat kini dengan corak pemikiran semakin terbuka menerima cara mereka yang mencari rezeki dengan berjalan-jalan dan berniaga menerusi tingkap kereta.

“Orang kita sekarang kalau dalam 100 mungkin seorang yang kecam, tapi itu sangat pelik sebenarnya. Orang kita dah banyak berubah sekarang, bukan lah kata berubah tapi orang kita sekarang mindsetnya sangat-sangat baik.

“Orang kata ‘bagus dik’, ‘tahniah dik’, ‘okay kita support’ tetapi jaranglah orang tengok yang sangat pelik. Kecam tu biasa ada tetapi bukan banyak, macam saya cakap tadi dalam 100 mungkin satu, itu pun belum tahu lagi kadang-kadang semuanya bagus,” katanya ketika ditemui Perak Today hari ini.

Sungguhpun terpaksa berpanas dan berhujan, beliau yang merupakan seorang Youtubers lansung tidak berasa malu untuk mempromosikan buah potong tersebut walaupun kaedah berniaga seperti itu jarang-jarang dibuat.

“Tak malu, kita rasa bangga sebenarnya, kita rasa bangga apabila kita mampu buat macam ni malahan orang kita hormat orang kita balik. Tiada masalah sebenarnya.

“Pada saya, buat benda ni satu benda yang memang orang kita tak buat, anak muda malu tetapi kalau orang muda mula buat benda ni saya percaya benda ni memang orang kata ada peluang dalam perniagaan,” katanya

Tambah beliau, walaupun tak semua orang membeli jualan berkenaan namun, rata-rata mereka akan ucapkan ‘terima kasih’, ‘okay dik’ dan tidaklah memberi sebarang kata-kata negatif malahan ada yang beri kata semangat.

Beliau yang mesra dengan panggilan Jo berkata, pada asalnya beliau bersama kumpulannya yang lain berniaga di Padang Polo tetapi apabila perniagaan mula perlahan, mereka mula mencuba nasib berniaga di lampu isyarat Pantai Puteri.

Katanya, perasaan malu pada mulanya memang menebal tetapi apabila melihat sambutan dari orang sangat baik, perasaan malu mulai menghilang.

“Dengan cara ini, perniagaan tu kami mula nampak, benda tu ada cabang kat situ, orang kata kalau malu kita rugi, pada saya tak perlu rasa malu,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini sudah banyak kawasan yang mana perniagaan tersebut telah dikembangkan seperti di Taman Perpaduan, Taman Anda, Pantai Puteri, Medan Gopeng, Cameran Highland serta di Selangor, malahan turut akan ditambah di kawasan Klebang dan Batu Gajah.

Menurut beliau lagi, jika ada anak muda yang nak berniaga seperti itu, beliau percaya mereka akan teruskan kerana pendapatan yang beliau peroleh setakat ini boleh mencecah RM200 hingga RM300 sehari.

“Saya melakukannya separuh masa sahaja dan ada kerja lain, pendapatan saya mungkin boleh cecah RM200 hingga RM300 sehari untuk buat kerja ini, jadi saya buat jugalah.

“Macam saya, akan jalankan setiap hari, cuma kalau nak cuti kita bebas, kalau esok ada hal esok saya cuti lah, kalau lusa ada hal, lusa saya cutilah. Tapi jarang-jarang cutilah sebab mangga atau jambu ini kadang-kadang orang makan setiap hari sama ada pelanggan yang sama iaitu pelanggan tetap atau pelanggan lain. Selain itu ada juga yang minta COD ke rumah ataupun beli untuk majlis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");