PITAS: Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim, sah positif COVID-19.
BH Online melaporkan beliau membuat pengesahan itu menerusi entri Facebook miliknya, jam 11 pagi tadi.
“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian COVID-19 dan telah disahkan positif COVID-19.
“Saya memohon maaf kepada semua pengundi, petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantu sepanjang tempoh berkempen.
“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera,” katanya.
Komen & Pendapat