Berita Hari Ini

Cari Jalan Lebih Sesuai Untuk Dinamakan Jalan Palestin, Menteri Beritahu DBKL

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini berkata Jalan Raja Laut 1 di Kuala Lumpur tidak akan dinamakan sebagai Jalan Palestin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam berkata ia menamakan semula Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin dan ia adalah simbolik bagi sokongan Malaysia kepada Palestin.

“Datuk Bandar akan cari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan Palestin,” kata Annuar di Twitternya hari ini memetik FMT.

“Jalan Raja Laut 1 hendaklah dikekalkan seperti asal.”

DBKL berkata cadangan untuk menamakan satu jalan sebagai Jalan Palestin dibangkitkan semasa majlis tahunan al-Quds di Dataran DBKL tahun lepas, apabila Kementerian Wilayah Persekutuan memintanya menamakan semula satu jalan di Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");