Berita Hari Ini

Cemar Sungai Ibarat Percubaan Meracun Dan Membunuh – Annuar Musa

KUALA LUMPUR Perbuatan mencemari punca air ibarat percubaan meracun dan membunuh.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, undang-undang perlu dipindan bagi membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pelaku.

“Mereka yang sengaja mencemari punca air termasuk sungai dan empangan, ibarat percubaan meracun dan membunuh..apa lagi kes berulang,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Polis telah menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang pada malam tadi.

Pagi tadi, mereka yang dipercayai adik beradik itu direman selama enam hari bermula hari ini.

Menurut Annuar, gangguan bekalan air yang terlalu kerap berlaku di ibu negara merisaukan.

Tambah beliau, satu penyelesaian jangka panjang perlu dicari yang mana Wilayah Persekutuan mempunyai perbadanan airnya sendiri.

Selain itu, ujarnya, sistem sokongan atau alternatif bekalan air perlu diwujudkan untuk jangka panjang. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");