Berita Hari Ini

COVID-19: 58 Kes Baharu Dilapor, Kluster Laut Pula Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Selepas meningkat kepada tiga digit pada Jumaat, jumlah jangkitan pandemik COVID-19 di negara ini pada hari ini menurun kepada 58 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,868 kes

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 53 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan 29 kes adalah warganegara manakala 24 kes adalah bukan warganegara.

Katanya, lima kes lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara memetik Astro Awani.

“Daripada 53 kes dalam negara, 44 kes daripada Kluster Benteng di Lahad Datu manakala tiga kes daripada Kluster Laut dan lima kes daripada Kluster Sungai.

“Lima kes import pula melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 551 kes.

“Sehingga kini, terdapat sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan satu lagi kluster baharu dikenal pasti dalam kalangan Pendatang Tanpa Izin (Pati) di Kunak, Sabah.

Beliau berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,859) merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes.

Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");