Berita Hari Ini

COVID-19: Malaysia akan sertai COVAX

Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX, bagi memperoleh sebahagian daripada bekalan vaksin yang diperlukan terhadap wabak itu.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ketika memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan Pakatan Vaksin Global (GAVI) yang mengendalikan COVAX.

“Kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian untuk menyertai Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan perjanjian kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama Kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal di negara itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan juga telah menandatangani ‘non-disclosure agreement’ dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin COVID-19 pada peringkat fasa ketiga, untuk berunding mengenai bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan.

“Pendekatan menyertai COVAX, menjalinkan kerjasama strategik bersama negara lain dan berunding terus dengan syarikat farmaseutikal itu akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin mencukupi serta pada kadar segera dengan harga berpatutan apabila vaksin berkenaan terbukti selamat dan berkesan,” katanya.

Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, akan menyelaraskan perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Laporan media sebelum ini memetik Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, sebagai menggesa supaya Kementerian Kesihatan lebih telus dalam rancangan mendapatkan vaksin COVID-19 untuk negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");