Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat Satu Lagi Kes, Kali Ini Di Perak Tengah

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan terdapat satu lagi kes positif COVID-19 dan kali ini membabitkan seorang warga tempatan di daerah Perak Tengah yang kembali dari Sabah pada 18 September lalu.

JKN Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengesanan kontak rapat telah dilakukan bagi tujuan ujian saringan dan isolasi.

“Kes telah menginap di rumah ahli keluarga di Bangi, Selangor selama tiga hari bermula 19 September baru-baru ini. Kes telah kembali ke sebuah universiti di Daerah Perak Tengah pada 22 September.

“Pihak universiti telah mengambil langkah proaktif mengasingkan pelajar-pelajar yang pulang dari kawasan berisiko dan melakukan ujian saringan COVID-19 bagi pelajar-pelajar berkenaan.

“Keputusan saringan ujian pengesahan Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terhadapnya pada 29 September adalah positif.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes import dan bukan kes jangkitan tempatan iaitu transmisi jangkitan berlaku di luar Perak,” kata kenyataan itu.

Tambahnya kes yang tidak bergejala itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut pada petang 29 September.

“Kes terakhir COVID-19 jangkitan tempatan dikesan di daerah Perak Tengah pada 6 April,” katanya lagi.

Semalam JKN Perak melaporkan terdapat satu kes positif COVID-19 melibatkan seorang penduduk di daerah Hilir Perak yang juga baru kembali dari Sabah.

Perak setakat ini mencatatkan 271 kumulatif kes positif COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");