Perak Hari Ini

Cubaan Samun Di Batu Gajah, Suspek Guna Objek Menyerupai Pistol

BATU GAJAH – Seorang juruteknik dan pengawal keselamatan berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa dalam cubaan samun bersenjata di kaki lima premis sebuah bank di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada jam 4.17 petang siang tadi mereka yang bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan itu didatangi seorang lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya.

Katanya ketika kejadian, juruteknik yang berumur 27 itu sedang memasukkan wang yang dikeluarkan dari mesin deposit (CDM) ke dalam van pemindahan wang milik syarikat tersebut.

Ujarnya lagi suspek yang datang dari arah belakang van memanggil “Hoi” sebelum memegang dan mengacukan objek yang dipercayai pistol ke arah dada pengawal keselamatan yang bersenjatakan pump gun.

“Suspek kemudian terus mengacu objek tersebut hadapan mangsa pula dan berkata ”Saya mau wang” tetapi mangsa menyatakan ”Tak boleh”.

“Mangsa terus lari meluru masuk ke dalam van di parkir luar bank dan dapati suspek panik menyebabkan dia melarikan diri ke arah belakang bangunan premis bank tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau menerusi awal siasatan ke atas mangsa, suspek telah menolak pengawal keselamatan itu ke arah pintu bank sambil mengacukan objek menyerupai pistol.

Katanya kemudian suspek lari ke arah belakang bank selepas berjaya masuk ke dalam van keselamatan itu dengan membawa keluar beg yang mengandungi wang dari mesin CDM di situ.

Tambahnya lagi, dalam van tersebut terdapat seorang pemandu dan pengawal keselamatan yang dilengkapi senjata ‘pump gun’.

“Semasa kejadian mangsa telah memasukkan wang ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sini sebanyak RM60,000 dan membawa keluar wang dari mesin CDM sebanyak RM200,000.

“Jumlah keseluruhan wang dalam van keselamatan tidak pasti kerana sebelum sampai ke lokasi terakhir di Batu Gajah mangsa telah pergi ke enam lokasi di sekitar Ipoh,” jelas beliau lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan (cubaan melakukan samun menggunakan senjata)

Dalam pada itu, Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan dan kerugian yang dialami mangsa selain usaha mengesan suspek giat dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat suspek dalam kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3629222.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");