Berita Hari Ini

Dramatis Veteran, Idris Md. Diah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Dramatis veteran, Idris Md. Diah meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita kematian pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu disahkan oleh anak saudara arwah, Nurul Nabihah Mod. Rizal kepada Kosmo! Online.

“Benar, bapa saudara saya meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi tadi,” kata Nabihah.

Jenazah arwah kini sedang dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong, sebelum Zuhur.

Idris, 61, merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri. Arwah yang sinonim dengan karakter bapa dan datuk itu juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");