Perak Hari Ini

Garis Panduan Solat Jemaah Dalam Normal Baharu Berpandukan Pandangan Ulama – Zulkifli

IPOH: Amalan norma baharu yang diamalkan di negara ini termasuk garis panduan yang melibatkan soal perlaksaan solat berjemaah adalah bersandarkan pada ijtihad atau pandangan ulama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata persoalan itu telah pun dijelaskan dalam buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ yang dihasilkan pada Jun lalu.

“Contohnya apabila bersembahyang berjemaah yang kita ada jarak, sebenarnya telah dibahaskan para ulama.

“Jadi, ada perkara yang kita nampak ianya bercanggah dengan agama tapi sebenarnya ia adalah ijtihad-ijtihad ulama dan telah dijelaskan dalam satu buku fekah COVID-19.

“Dalam buku itu kita telah menjelaskan beberapa isu-isu baharu terkini berkenaan agama yang diambil daripada pandangan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, negeri mahupun antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau kerajaan sentiasa melihat daripada pelbagai sudut dalam menentukan kaedah sesuai dalam norma baharu seperti merujuk kepada keadah fiqh yang melibatkan kepentingan umum.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan seorang pendakwah terkenal tanah air yang mempersoalkan perlaksanaan normal baharu bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam video berdurasi sekitar 2 minit yang tular di media sosial, pendakwah itu mendakwa amalan normal baharu terutama yang melibatkan tatacara perlaksanaan ibadat sehingga bercanggah dengan Islam harus dilihat semula.

Terdahulu Zulkifli merasmikan Program Nadwah Penyelaras Sekiteriet Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Progam yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu diadakan bertujuan memperkasakan aktiviti dakwah di Perak menerusi seminar dan bengkel.

Antara objektifnya adalah mewujudkan sekiteriat rangkaian dakwah NGO diperingkat negeri, membina pelan perancangan dakwah negeri diwujudkan secara dokumentari, serta menyelaras gerak kerja dakwah di Perak melalui aktiviti secara berkolaboratif bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");