Perak Hari Ini

Goh Boon Keng Pangku Jawatan Ketua Polis Perak

IPOH- Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini selepas bekas Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Hussain dipindahkan ke jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis terima tugas antara Razarudin Hussain dan Goh Boon Keng disaksikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Zainal Abidin Kasim mewakili Ketua Polis Negara.


Sementara itu, Datin Loh Tip Lai mamangku jawatan Pengerusi PERKAP Kontinjen Perak menggantikan pengerusi yang lama, Datin Zainah Othman.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan Perkap Malaysia, Datin Roseleena Mohamed Noor.

Razarudin dilaporkan akan memulakan tugasnya di Bukit Aman pada 9 September 2020 selepas hampir satu tahun tiga bulan menyandang jawatan Ketua Polis Perak bermula pada 26 Mac 2019 yang lalu.

Razarudin berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua warga PDRM yang terlibat bagi memastikan negeri Perak dalam keadaan yang selamat dan selesa.

“Sepanjang saya berkhidmat di sini, Perak adalah satu negeri yang kita dapat kawal dengan baik bukan kerana saya sebagai KP tapi semuanya atas kerjasama dari semua warga PDRM.

“Bagi kadar penurunan jenayah sehingga hari ini adalah sebanyak 32.2 peratus, manakala kadar penyelesaian kes 71.71 peratus disebabkan oleh warga jabatan siasatan jenayah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Perkap Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");