Panasnya Hari Ini

Husam Nafi Bertelagah Dengan Mat Sabu

Naib Presiden Amanah, Husam Musa hari ini menafikan pergeserannya dengan presiden parti, Mohamad Sabu.

Ini selepas sebuah portal berita menerbitkan satu artikel pagi ini yang mendakwa peletakan jawatannya dalam parti itu dan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan mempunyai kaitan dengan Mat Sabu.

“Itu tidak benar. Saya menafikan kandungan artikel itu,” katanya kepada Malaysiakini melalui kiriman teks.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut apakah beliau meletakkan jawatan sebagai naib presiden Amanah kerana bertelagah dengan Mat Sabu, Husam berkata: “Ini rekaan”.

Awal pagi ini, The Malaysian Insight menerbitkan artikel dengan memetik sumber yang mengatakan Husam meletakkan kedua-dua jawatan berkenaan, tetapi kekal memegang jawatan sebagai ketua Amanah Kota Bharu.

Sumber itu mendakwa Husam telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada parti itu dua minggu lalu.

Senator itu juga berkata hubungannya dengan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu masih baik.

“Tidak ada masalah,” katanya.

Dua minggu lalu, khabar angin serupa juga muncul mengenai Husam yang didakwa keluar Amanah untuk menyertai PKR.

Husam juga menafikan dakwaan berkenaan apabila dihubungi Malaysiakini ketika itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");