Perak Hari Ini

Ibu, Anak Maut Tersepit, Lori Besi Dipandu Suami Terbabas

IPOH- Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas lori dengan muatan tiang besi yang dipandu suaminya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kilometer 20 Jalan Keramat Pulai, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke Cameron Highlands.

Katanya, pihak polis menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 2.20 petang dan mendapati terdapat tiga orang mangsa di dalam lori berkenan.

Menurut beliau, terdapat dua orang mangsa yang tersepit telah disahkan maut ditempat kejadian di mana keadaan lori berkenaan remuk di bahagian hadapan.

“Siasatan awal di tempat kejadian dapati sebuah lori 10 tayar bersama muatan tiang besi dipandu oleh seorang lelaki bersama isterinya anak lelaki terbabas di km 20 Jalan Keramat Pulai.

“Pemandu lori telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, manakala kedua-dua mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan daripada lori dan disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Asmadi lagi, keadaan jalan yang digunakan bagaimanapun dalam keadaan jalan berselekoh tajam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");