Sukan Hari Ini

Individu Terlibat Acara Bola sepak Di Tawau Perlu Buat Ujian COVID-19

TAWAU – Semua individu terlibat dalam perlawanan bola sepak di Padang Penjara Tawau dan Padang Stadium Majlis Perbandaran Tawau (MPT) baru-baru ini yang masih belum melakukan ujian COVID-19 perlu segera berbuat demikian.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G. Navindran berkata setakat tengah hari ini, kira-kira 100 individu hadir ke pusat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Tawau di Kubota di sini hari ini untuk ujian COVID-19 selepas diarahkan berbuat demikian semalam.

“Saringan diambil sejak 8 pagi tadi dan pusat saringan dibuka sehingga 5 petang, individu yang terlibat berada di padang itu perlu tampil membuat saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau mengeluarkan notis meminta agar semua pemain, penonton dan yang terlibat dalam pertandingan bola sepak sembilan sebelah pada 28, 29 Ogos dan 2 Sept di Padang Penjara Tawau serta 30 dan 31 Ogos di Padang Stadium MPT di sini, menjalani ujian COVID-19.

Notis itu turut menyarankan individu yang terlibat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-6053475 atau 016-4729314.

Gesaan supaya mereka tampil membuat saringan kesihatan itu susulan pengesanan kes baharu melibatkan seorang pengadil perlawanan bola sepak itu, yang juga merupakan pegawai di Penjara Tawau, didapati positif COVID-19 semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");