Berita Hari Ini

Ingkar PKPP: 183 Dicekup Di Pusat Hiburan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 183 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pusat hiburan dekat pusat beli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan Ops Noda dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) hampir dua jam berakhir jam 3 pagi, pelanggan yang leka berhibur dengan muzik kuat tidak menyedari kehadiran polis.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Rohan Shah Ahmad, berkata tahanan itu termasuk 75 wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun.

“Polis juga tangkap 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam warga asing dipercayai tidak mempunyai permit kerja sah.

“Selain itu, barangan seperti pembesar suara, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,000 disita bagi membantu siasatan.

“Semakan awal mendapati, premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas serbuan itu, di sini, awal pagi tadi, lapor BH Online.

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-PeraturanPencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");