Perak Hari Ini

Inspektor Polis Didakwa Empat Tuduhan Rasuah, Mengaku Salah Satu Pertuduhan

IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berdepan dengan empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,000 pada enam tahun lalu.

Tertuduh Shahrol Zaman Mohd Adom, 38, yang mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga bagaimanapun mengaku bersalah bagi pertuduhan keempat.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S Indra Nehru memerintahkan Shahrol dikenakan denda RM6,000 dan sekiranya gagal membayar dia bakal dikenakan hukuman penjara empat bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM3,000 dengan tiada balasan daripada seorang individu Choong Chee Kawong melalui mesin deposit wang di Maybank Cawangan Silibin, di sini pada jam lebih 12.01 tengah hari, 14 Mei 2014.

Rasuah berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan urusan tertuduh yang ketika itu sebagai pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan terhadap Choong Kim Weng dan teman wanitanya warga China, Wu Jing di bawah kesalahan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan tersebut, Shahrol didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan pertama, kedua dan ketika yang membabitkan nilai rasuah berjumlah RM3,000.

Suapan yang diterima itu sebagai dorongan membebaskan lelaki dan wanita terbabit bagi kes yang sama.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh menerima rasuah RM1,000 daripada daripada Choong Kian Weng pada 8 Mei 2014, jam 2.10 petang sementara menerima suapan RM500 daripada Chee Kawong pada 5 petang, hari yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Dalam pertuduhan ketiga pula, Shahrol didakwa menerima rasuah RM1,5000 di Maybank Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan melalui pindaan wang telegrafik ke dalam akaun jam lebih kurang 6.49 petang juga pada hari sama.

Peguam yang mewakili Shahrol, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman dan denda ringan atas anak guamnya.

Ini kerana tertuduh yang mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 12 tahun turut menyara ibu bapa mertuanya yang berusia sekitar 60-an yang uzur.

Mohd Shahrullah berkata anak guamnya yang bertugas sebagai petugas di barisan hadapan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan apa-apa kesalahan jenayah pada masa akan datang.

Selepas mendengar rayuan tersebut, Hakim kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda RM6,000 dan penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan melucut hak wang RM6,000 milik tertuduh kepada kerajaan Malaysia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");