Panasnya Hari Ini

Isu Kitab Injil: Bukit Aman Akan Panggil Zawawi

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh untuk dirakam keterangan di Bukit Aman, dalam masa terdekat.

BH Online melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata percakapan Nik Muhammad Zawawi itu bagi melengkapkan kertas siasatan kes kitab Injil, sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita belum panggil Ahli Parlimen Pasir Puteh itu lagi, Bukit Aman akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Polis giat menyiasat kes ini daripada setiap sudut, sebelum serahkan kertas siasatan kepada AGC untuk proses seterusnya,” katanya pada BH, hari ini.

Pada 9 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan giat mengambil keterangan saksi berkaitan kes itu.

Sebelum ini, Nik Muhammad Zawawi menerusi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat dipetik berkata, tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu kemudian dicelah oleh Ngeh Koo Ham (PH-Beruas), yang mengatakan bahawa kenyataan itu tidak tepat dengan memberitahu bahawa agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak memabukkan.

Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun ketika itu, mempertahankan kenyataannya dan berkata kitab Injil ‘dipesongkan atau diubah’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");