Perak Hari Ini

Jamin Pembangunan Di Padang Ipoh Tak Jejas Struktur Asal

IPOH- Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kerja-kerja menaiktaraf Padang Ipoh yang baru dijalankan sama sekali tidak melibatkan perubahan kepada struktur asal kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, kerajaan negeri mengambil maklum tentang keresahan penduduk di sekitar mengenai projek menaik taraf yang sedang dijalankan di Padang Ipoh.

“Kerajaan negeri sentiasa sensitif dan turut berkongsi aspirasi yang sama dengan penduduk tempatan mengenai kepentingan untuk kita memelihara nilai-nilai warisan yang ada di persekitaran padang Ipoh yang juga terletak dalam Zon Warisan Ipoh.

“Cadangan ini sebenarnya telahpun diunjurkan ke peringkat persekutuan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan jawatankuasanya juga termasuk dengan Jabatan Warisan Negara (JWN) di mana kita telah mendapat persetujuan serta pandangan dari JWN yang telah memberikan kelulusan untuk projek ini dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan kerja di kawasan menaiktaraf Padang Ipoh, di sini, hari ini.

Menurut beliau, projek Cahaya dan Bunyi (Light and Sound) ini dibangu adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tarikan pelancongan ke Bandaraya Ipoh, dengan kerjasama NCIA.

Dengan kos sebanyak RM11 juta, kedua-dua projek iaitu menaiktaraf Padang Ipoh dengan jumlah RM5 juta, manakala kerja menaiktaraf di Kinta Riverfront sebanyak RM6 juta melibatkan kerja-kerja penambahbaikan bangunan kedai sedia ada, penambahbaikan dua unit jambatan besi sedia ada, kerja menaiktaraf tandas awam dan menaiktaraf laluan pejalan kaki, landskap serta pencahayaan.

Bagaimanapun begitu, beliau mengakui kontraktor meletakkan papan tanda agak lewat dimana ia telah menimbulkan kegusaran serta mendapat pelbagai aduan dari orang ramai.

Ujar beliau, perubahan yang akan dibuat termasuk kedai makan Miker yang akan dibangunkan menjadi salah satu kawasan untuk orang awam.

“Bangunan yang ada di Miker ini akan diubah semula sebagai untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan kemudahan bilik air, persalinan dan juga storage yang boleh dibaiki supaya lebih selari dan cantik untuk orang berada di Padang Ipoh,” katanya.

Sementara itu, tambah Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud, katanya, pihak MBI memberi kelulusan membangunkan kawasan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang mana ianya perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor.

“Projek ini sebenarnya diluluskan kebenaran merancangnya oleh MBI dan dalam salah satu syarat kelulusan memang berada di bawah Pesuruhjaya Warisan dan bagaimana kerja-kerja dilakukan juga tertakluk di bawah kelulusan pesuruhjaya warisan.

“Jadi perlaksanaan itu mesti dilakukan sekiranya berkaitan, jika gagal mengikuti seperti apa yang diarahkan kebenaran merancang ini, kontraktor itu boleh kita ambil tindakan,” katanya.

Ujar beliau lagi, projek yang diluluskan sejak Ogos itu perlu mengikut akta warisan walaupun kawasan tersebut belum diwartakan sebagai kawasan warisan tetapi pihak MBI telah pertimbangkan sebelum memberikan kelulusan merancang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");