Membawang Hari Ini

“Janda Pun Ada Taste…” – Norish Karman Dedah Lelaki Bawah 30-an Beratur Ajak Kahwin!

Pelakon Norish Karman memberi bayangan seolah-olah terdapat orang di sekelilingnya yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang kawan.

Dakwa Norish, dia merasakan seperti ada wanita yang cuba mengelak daripada dekat dengannya kerana bimbang dengan statusnya sebagai seorang janda.

“Ya, betul, Norish Karman ini membosankan. Sekadar ibu tunggal lapan orang anak yang bergantung padaku. Dahlah janda, tak kaya, tak glamor kan macam korang ada laki ada harta.

“Sebab ada lakilah korang boleh kaut duit buat bisnes, ada lakilah boleh yak yak yeah (bergembira) sana sini macam keluarga bahagia sampai syurga.

“Padahal tak bahagia, masing-masing ada extra affair (hubungan sulit), tapi demi status demi kekayaan… jadi, tak bolehlah kawan dengan janda macam aku nanti takut rampas laki korang erk..atau rampas tunang korang erk?,” luahnya menerusi satu entri di Instagram berbentuk sindiran.

Begitupun, pesan Norish, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana dia sendiri tidak pernah ambil pusing soal pengganti teman hidup selepas bergelar janda.

“Agak-agaklah, janda pun ada taste (selera). Aku baru 46 tahun, bukan 96 tahun. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kahwin aku maa..siap mak ayah mereka pun sayang aku.

“Tetapi aku yang tak nak. Aku belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaanku. Perjalanan masih jauh untuk capai kejayaan untuk kehidupan anak-anak saya,” jelasnya.

Di ruangan komen, rata-rata yang mengalami senasib dengannya mengakui bukan mudah untuk seorang wanita memegang status janda.

“Saya pernah berada di tempat anda. Saya faham sangat macam mana keadaan bila difitnah dan dipandang ‘paise’ bula bergelar janda.

“Saya pun ibu tunggal anak empat. Sibuk dengan anak-anak tak ada masa fikir hal lain-lain termasuklah kahwin,” komen sebahagian pengikutnya.

Sebelum ini, Norish pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998 sebelum berpisah pada Julai 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");