Sukan Hari Ini
Like

JDT Tak Mahu Sabah Rosakkan Pesta Kejuaraan

September 28, 2020
380 Views
0 Comments
1 minute read
JDT Tak Mahu Sabah Rosakkan Pesta Kejuaraan

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara bertahan Liga Super tidak akan mengambil mudah ketika pertemuan dengan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Jumaat ini.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan, walaupun pasukannya hanya memerlukan satu mata sahaja untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super yang mereka pegang sejak 2014, namun Sabah mampu menggagalkan peluang mereka menjulang piala itu awal, jika pemainnya melakukan kesilapan mudah ketika perlawanan.

“Sebagai jurulatih, saya sentiasa mahukan pasukan saya menang semua perlawanan, tetapi secara realitinya, kita tidak boleh untuk sentiasa menang.

“Nilai positif yang kami boleh bawa pada perlawanan seterusnya ialah kita mempunyai peluang yang besar untuk merangkul piala tersebut awal,” kata Mora yang dilaporkan dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, hari ini.

“Bermain di padang sendiri dengan kehadiran pemilik kelab (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) tentunya akan meningkatkan lagi semangat pemain untuk bermain dengan terbaik,” tambah Mora.

JDT kini mendahului kedudukan Liga Super dengan mengumpulkan 23 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Perak di tempat kedua dengan 17 mata selepas mencatatkan lima kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. – Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.