Berita Hari Ini

Jepun, Malaysia meterai perjanjian pengaturan swap dua hala

Bank of Japan bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memeterai perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua yang bernilai sehingga AS$3 bilion bagi kedua-dua negara.

BSA tersebut membolehkan kedua-dua negara bertukar mata wang masing-masing (yen Jepun dan ringgit) bagi dolar Amerika Syarikat, demikian menurut kenyataan BNM hari ini.

“Pengaturan itu akan menyediakan sehingga US$3 bilion untuk kedua-dua negara,” kata BNM.

BSA itu turut memaparkan kerjasama kewangan dua hala berterusan antara Jepun dan Malaysia yang akan memberi sumbangan dari segi kestabilan pasaran kewangan.

Pada masa sama, ia akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan dagangan kedua-dua negara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");