Perak Hari Ini

Kadar Kesalahan Pengguna Lebuh Raya Menurun 97 Peratus – JPJ

IPOH – Kadar kesalahan pengguna lebuh raya menurun sehingga 97 peratus tahun ini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan sejak Mac lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pada tahun lalu sebanyak 2,164 kesalahan lebuh raya dicatatkan di seluruh negara.

Katanya ianya melibatkan lima kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan yang menunjukkan penurunan 47 peratus, penggunaan telefon bimbit (53 peratus), tidak memakai tali pinggang keselamatan (42 peratus), membawa lebih muatan (171 peratus dan membawa muatan bahaya (93 peratus).

“Penurunan kesalahan di lebuh raya ini ada dua faktor. Pertamanya adalah pengurangan penggunaan jalan raya disebabkan penularan COVID-19 dalam negara.

“Faktor kedua pula keberkesanan tindakan JPJ seperti melalui kekerapan aktiviti rondaan dan sebagainya. Justeru semua pengguna lebuh raya peka terhadap penguatkuasaan undang-undang,” kata beliau.

Terdahulu, Shaharuddin merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuh raya – UPLR) JPJ di Plaza Tol Lama Jelapang, di sini, hari ini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1600058423141″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1600064448403″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Pada masjlis tersebut beliau bersama-sama Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPJ yang diwakili Timbalan Pengarah Penguatkuasa Operasi JPJ, Mohamat Johari Mat Nor dengan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata Pusat Kawalan UPLR yang diwujudkan itu akan bertindak bagi mengawal selia segala akitiviti empat stesan UPLR yang ada di seluruh negara.

Empat stesen tersebut adalah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS arah selatan iaitu di Dengkil di Selangor yang merupakan Zon Tengah, Gunung Semanggol di Perak (Zon Utara), Pagoh di Johor (Zon Selatan) dan Paka di Terengganu (Zon Timur).

Ujar Shaharuddin dengan adanya kerjasama antara JPJ dan PLUS menerusi pusat kawalan tersebut ianya mampu menguatkuasakan lagi undang-undang terhadap pengguna lebuh raya.

“Kerjasama ini akan dapat memastikan keadaan jalan raya di lebuh raya berada dalam keadaan elok dan selamat selain dapat mengurangkan kadar kemalangan di situ,” katanya.

Menurutnya pusat kawalan itu telah mula beroperasi pada 1 Julai lalu bagi mengawal selia semua UPLR yang mula diwujudkan sejak 12 Februari 2018.

Kata beliau fungsi utama UPLR adalah untuk meningkatkan ‘perception of being caught’ atau persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dalam kalangan pengguna lebuhraya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");