Berita Hari Ini

Kadar pengangguran Julai 4.7%

Kadar pengangguran negara pada Julai turun kepada 4.7 atau peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus pada Jun dengan jumlah penganggur pada Julai adalah seramai 745,100.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini merupakan penurunan kali kedua berturut-turut selepas Malaysia merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada Mei 2020 dengan 5.3 peratus.

Walaupun pasaran buruh semakin pulih seperti yang disasarkan, Kerajaan sedar dan prihatin bahawa bilangan penganggur sebanyak 745,100 orang adalah lebih tinggi berbanding dengan purata seramai 494,000 orang bagi tempoh 2016-2019.

Tambahan pula, masih terdapat 104,300 orang (908,900 orang pada bulan Jun 2020) yang tidak bekerja buat sementara waktu seperti mereka yang diberhentikan kerja sementara.

Golongan ini tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka masih mempunyai pekerjaan dan akan kembali bekerja.

“Justeru, Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan lebih ramai penggangur dapat kembali bekerja supaya negara berada dalam keadaan guna tenaga penuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, berdasarkan Perangkaan Tenaga Buruh bagi bulan Julai 2020, keadaan pasaran buruh yang semakin baik ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang semakin pulih.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang merangkumi tiga sektor utama iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik mencatat pertumbuhan positif pada kadar 2.1 peratus bulan Julai 2020 berbanding dengan Julai 2019 setelah mengalami penguncupan bagi empat bulan berturut-turut sejak bulan Mac.

Jelas Mustapa, peningkatan IPP didorong oleh pertumbuhan indeks Pembuatan yang berkembang sebanyak 2.9 peratus.

Di samping itu, nilai jualan sektor pembuatan turut mengekalkan pertumbuhan positif pada Julai dengan kadar 1.9 peratus kepada RM119.3 bilion daripada RM117 bilion pada Julai tahun 2019.

Ini disumbangkan terutamanya oleh Produk Makanan, Minuman & Tembakau, mencatat peningkatan sebanyak 24.9 peratus, Produk Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain, 14.3 peratus dan Produk Peralatan Elektrik & Elektronik, 8.4 peratus.

Prestasi perdagangan borong dan runcit juga semakin pulih dengan nilai jualan perdagangan borong & runcit merekodkan RM108.7 bilion pada bulan Julai 2020, iaitu penurunan lebih kecil sebanyak 3.5 peratus berbanding dengan bulan Julai 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");