Berita Hari Ini

Kakitangan Fahmi Fadzil Positif Covid-19

KUALA LUMPUR- Seorang kakitangan pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah pad 25 September lalu.

Kosmo Online melaporkan, dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Fahmi memaklumkan kakitangan itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan isolasi.

“Mengikuti prosedur operasi standard (SOP) arahan Kementerian Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai, memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini saya dan semua staf pejabat telah hadir ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19.

“Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai,” katanya menerusi hantaran itu.

Jelasnya, pejabat beliau akan ditutup sehingga tempoh arahan kuarantin rumah selesai.

“Unit dekontaminasi juga akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini.

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat boleh menghubungi kami melalui laman Facebook ini atau melalui emel,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");