Berita Hari Ini

Kami Akan Jumpa Yang Di-Pertua Sekarang, Kata Bung

KOTA KINABALU: Pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengenai jawatan ketua menteri Sabah seolah-olah menemui jalan penyelesaian ketika pemimpin parti meninggalkan mesyuarat hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata, beliau antara pemimpin parti yang akan bertemu Yang di-Pertua Negeri hari ini.

Katanya, beliau “sangat gembira” dengan hasil pertemuan itu. Ketika ditanya apakah beliau akan bertemu Yang di-Pertua Negeri sekarang, Bunng berkata: “Ya.”

Bagaimanapun, beliau mengelak apabila ditanya siapa yang diputuskan dalam pertemuan itu sebagai calon ketua menteri dengan berkata: “Kami akan biar Yang di-Pertua putuskan.”

Ketika didekati media, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata: “Semua orang gembira. Kami menang (pilihan raya). ”

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan 41 Adun, lebih 3 daripada yang dimenangi pakatan itu semalam.

Dipercayai, GRS mendapat sokongan 3 Adun bebas yang menang dalam pilihan raya semalam untuk membentuk kerajaan negeri lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");