Perak Hari Ini

Kayuhan Basikal Klasik Mengelilingi Bandar Bersejarah Taiping Sempena Hari Malaysia

TAIPING- Pelbagai cara dapat dizahirkan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda menghargai perjuangan nenek moyang terdahulu serta menunjukkan semangat patriotisme menjelang Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Kelab Basikal Tua Malaysia dan Kelab Speda Klasik Kinta telah menganjurkan Program Kayuhan Hari Malaysia 2020 bagi menghayati penubuhan persekutuan Malaysia melalui gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Presiden Gabungan Basikal Tua, Ikhwan Ibrahim berkata, pada hari ini, kira-kira 200 peserta dari pelbagai negeri telah menyertai kayuhan berkenaan dengan mengelilingi Taman Tasik Taiping dan tempat-tempat bersejarah di sini sepanjang 10 kilometer.

“Pada hari ini, sekitar 150 basikal klasik atau tua yang ada dan selebihnya adalah dari basikal BMX serta klasik yang lain yang mana ianya dibawa sendiri oleh para peserta iaitu mereka yang datang dari Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis.

“Walaupun dalam keadaan PKPP dan mengahayati suasana norma baru, aktiviti seperti ini tidak perlu kita hadkan namun perlu mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Melalui tema kayuhan klasik berserta kekreatifan para peserta, mereka dilihat hadir menyertai kayuhan dengan mengenakan busana klasik atau pakaian pada zaman dahulu.

Ada yang memakai baju Melayu, Kurta, pakaian askar Jepun, pakaian orang melayu zaman duhulu dan yang paling menarik adalah pakaian Residen British.

Ujar beliau, peserta paling muda yang mengikuti kayuhan ini berumur 6 tahun dan paling tua berumur 75 tahun.

Menurut Ikhwan, melalui kayuhan ini, peserta secara tidak lansung akan membawa bendera Malaysia sebagai tanda mereka menghayati sambutan Hari Malaysia.

“Sekarang ini ramai orang nak letak bendera pun kurang, jadi ahli gabungan secara automatik mereka datang membawa bendera Malaysia sebagai tanda menghayati dan memperingati Hari Malaysia pada 16 September.

“Kita bagi tema, seperti kayuhan klasik atau merdeka jadi mereka ini mengenakan busana mengikut era zaman basikal tersebut, kalau kita lihat foto lama tahun 50-an, 60-an beginilah pakaian yang dipakai oleh datuk nenek kita satu masa dahulu,” katanya.

Katanya, pihak gabungan memilih Taiping sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia kerana Taiping merupakan tempat yang paling sesuai untuk menghubungkan ahlinya yang datang dari pelbagai negeri.

“Kita tidak pernah mengadakan lagi kayuhan sebelum ini di Taiping dan ini merupakan acara pertama kami di sini, InshaAllah kami melihat banyak potensi yang boleh kami jalankan aktiviti.

Sebelum memulakan pergerakan pada jam 8.12 pagi, para paserta yang berkumpul di Dataran Warisan Taiping turut dinasihatkan untuk memakai pelitup muka selama berkumpul dan tidak digalakkan untuk berkumpul bagi tempoh masa yang lama.

Kawasan yang dilalui dan dilawati oleh peserta untuk mengambil gambar bermula dari Dataran Warisan Taipiang, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Muzium Telegraf dan akhir sekali Muzium Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");