Berita Hari Ini

Kebenaran Berhimpun Adalah ‘Resipi Bencana’ Covid-19

NEW YORK – Negara-negara yang masih merekodkan penularan Covid-19 yang ketara perlu menyekat program dan acara-acara kerana penganjuran majlis-majlis tersebut tanpa kawalan adalah ‘resepi bencana’, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengakui orang ramai sudah bosan dengan sekatan dan ingin hidup normal selepas lapan bulan berdepan dengan penularan Covid-19.

WHO menyokong penuh usaha untuk membuka kembali ekonomi dan masyarakat, katanya pada sidang akhbar.

“Kami ingin melihat anak-anak kembali ke sekolah dan orang ramai kembali ke tempat kerja, tetapi kami mahu semua ini dilakukan dengan selamat.”

“Tidak ada negara yang berada dalam kepura-puraan bahawa pandemik ini sudah berakhir.

“Kenyataannya adalah virus ini menyebar dengan mudah. Membuka tanpa kawalan adalah resipi bencana,” tegas beliau.

Tambah Tedros, wabak ini meletus selepas dikaitkan dengan acara orang ramai di stadium, kelab malam, tempat beribadah dan perhimpunan, yang mana virus pernafasan dapat merebak dengan mudah dalam kalangan orang ramai.

“Keputusan tentang kebenaran bagaimana dan bila perhimpunan dibenarkan mesti mengambil kira pendekatan berdasarkan risiko, dalam konteks tempatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");