Berita Hari Ini

Kemenangan PRN Sabah Beri Peluang Lanjutan Moratorium – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kemenangan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri Sabah dapat mengubah fikiran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi.

Lim Guan Eng berkata demikian selepas mendakwa kerajaan enggan mendengar suara rakyat dan komuniti perniagaan yang mahu supaya moratorium dilanjutkan.

Tempoh moratorium akan berakhir 30 September ini.

Menurutnya, Master Builders Association Malaysia (MBAM) adalah pertubuhan terbaharu yang merayu untuk lanjutan moratorium berikutan kerugian bagi industri pembinaan sebanyak RM11.6 bilion setiap bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac.

Daripada jumlah tersebut, 29% kerugian disebabkan pengangguran pekerja industri kerana projek pembinaan terpaksa dihentikan.

‘Apa yang penting ialah permintaan MBAM untuk melanjutkan moratorium selama setengah tahun lagi ialah suatu rayuan bantuan dan tangisan meminta talian hayat, bukan untuk mempromosi tetapi hanya untuk membantu melindungi salah satu sektor ekonomi yang paling penting di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nilai moratorium pembayaran balik pinjaman yang ditanggung oleh institusi kewangan sejak 1 April dianggarkan berjumlah RM85.8 bilion, yang mana RM30 bilion telah memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan RM 55.8 bilion melibatkan individu.

Bantuan ini penting dalam melindungi mata pencarian, pekerjaan dan perniagaan 8 juta individu dan syarikat, katanya.

Bekas Menteri Kewangan itu mendakwa, walaupun industri perbankan akan mengalami kerugian sebanyak RM6.4 bilion untuk lanjutan enam bulan lagi, tetapi ia dapat ditanggung dengan mudah oleh industri perbankan yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019.

”Jika bank-bank tidak rela melakukannya, kerajaan boleh menyuntik RM6.4 bilion untuk membantu lapan juta rakyat dan syarikat Malaysia.

”Ini adalah wang yang berbaloi untuk dibelanjakan dengan nilai berimpak tinggi kepada lapan juta individu dan syarikat Malaysia bernilai RM 86 bilion,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");